Sign Up KerisWarisan helps you connect and share with the people in your life.

Roh si mati pulang ke rumah

Apa yg terjadi dalam masyarakat Melayu memang istimewa antaranya roh simati pulang kerumah selepas beberapa hari dikebumikan. Walau pun Islam mengatakan roh yg dah mati akan ke alam barzah selepas 7 langkah org terakhir meninggalkan pengkebumian. Tak nak percaya ia telah berlaku didepan mata....atau "alam barzah" itu sendiri memberi pengertian yg belum difahami secukupnya. Mari kita kongsikan bersama...kalau ada yg sudi.

ini cerita benar.  memang dah pernah jadi pon kat saya sendiri. 

bukan saya jer nampak. ramai perasan. dan semua nya memberi penerangan yang sama.

arwah datang melawat rumah  sekejap sekejap lepas tuh hilang.

statement yang mengatakan roh si mati terus masuk syurga atau neraka apabila mati adalah salah. sebab mana ade penghuni syurga dan neraka lagi yang saya tau..

mungkin ade yang lebih arif boleh beri penerangan di sini

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Quote:
Originally posted by: Nakhoda_Hitam

Yang dah berlaku itu tetap benar sebab itulah yg berlaku walau pun kita tak faham. Bukan saja soal roh ke syurga atau neraka nakhoda...tapi roh itu juga dah terlepas dari sola jawab alam barzakh ? atau malaikat mungkar nakir beri dia lepas sekejab ?

Ada yg lagi hebat seseorg itu boleh berbual dan bertanya masalah kepada roh yg balik itu !

TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN KUASA ALLAH

Quote:
Originally posted by: mgtpanjialam

TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN KUASA ALLAH

Walau macam mana pun kuasa Allah itu, ia tetap ada makanismanya juga untuk kefahaman manusia sebab IA tidak pernah menzalimi malah pengampun. Kita juga dituntut mengetahui dan beriman dgnnya. Jika kita sendiri keliru, bagaimana nak beriman kepada "alam selepas mati" ?.....pada yg mana satu nak kita beriman...alam roh yg kita ditunjukkan ini ke atau soal mungkar dan nangkir yg kita tak pun pernah tahu ?

mungkin qarin. alam perantaraan menuju akhirat tu tak sama dengan alam manusia. sama dengan alam jin. Wallahualam Bissawab.

Sape pernah dengar cerita seorang perjuang yang dah banyak kali meninggal. makam pon banyak. 

dah meninggal dan dah dikhuburkan tapi masih boleh pergi berjuang dan melawat keluarga.. lepas tuh meninggal lagi . Hingga satu tahap bile dia meninggal, jasad dia ghaib mase dikhuburkan dan hanya tinggal tongkat. 

Beliau memang seorang yang warak dan kuat pegangan agama islam.

yg kes cam ni ape cerita plak?  

sape boleh cerita dgn jelas pasal ni?

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Quote:
Originally posted by: Nakhoda_Hitam

Sape pernah dengar cerita seorang perjuang yang dah banyak kali meninggal. makam pon banyak. 

dah meninggal dan dah dikhuburkan tapi masih boleh pergi berjuang dan melawat keluarga.. lepas tuh meninggal lagi . Hingga satu tahap bile dia meninggal, jasad dia ghaib mase dikhuburkan dan hanya tinggal tongkat. 

Beliau memang seorang yang warak dan kuat pegangan agama islam.

yg kes cam ni ape cerita plak?  

sape boleh cerita dgn jelas pasal ni?

ini orang Melayu ek? tak pernah dengar. sukar nak merungkai rahsia Allah kecuali yang diberi kasyaf. Wallahualam Bissawab.

makam tersebut tu ade kat perak. tongkat jer yg dikebumikan sebab jasad ghaib. Tapi memang org alim la...

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Quote:
Originally posted by: Nakhoda_Hitam

makam tersebut tu ade kat perak. tongkat jer yg dikebumikan sebab jasad ghaib. Tapi memang org alim la...

Ini ialah satu kajian malah pelajaran bagi mereka yg mendalami ilmu agama. Sebab tu ahli agama dari keturunan jawa menanam mayat org2 tertentu (yg dianggap masyarakat sebgai org warak atau wali) dengan mengikat dan melilitkan mayatnya dgn tali, keesokannya mereka akan tarik tali tersebut dari atas kuburnya. Jika tali itu terkeluar tanpa tersangkut bermakna ia hanya mati sementara seperti yg nakhoda cerita tu. Ini ialah darjat org2 yg beriman. 

Dulu masa kideys kecil, ada seorg kampung meninggal....lalu datuk kideys kata "dia tak mati..." kideys pun heran dan sekarang ni...bila2 masa pulak datuk kideys ini boleh jumpa kideys...walau pun dah lama mati (kebanyakannya dalam tidur) !!!!  fikir2kanlah...

Assalamualaikum Sahabat semua,

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

    Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

    Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman   Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.” (Yaa Siin: 79)
Bermakna kesahiannya memang ada roh kembali ke kerumah tapi pada waktu waktu tertentu sahaja. wallahualam.........

Quote:
Originally posted by: BOBMANJA

....maka Firman   Allah SWT menunjukkan:

Terima kasih sekali lagi atas sambutan kepada tajuk ini.
Malam Tahun Baru Cina pun datuk2 kideys balik ke rumah jika cucu2 cicit2nya balik berkumpul !!!!!!!!!!  ??????????

Quote:
Originally posted by: KIDEYS_KERIS

Em.... no komen....

Quote:
Originally posted by: KIDEYS_KERIS

Apa yg terjadi dalam masyarakat Melayu memang istimewa antaranya roh simati pulang kerumah selepas beberapa hari dikebumikan. Walau pun Islam mengatakan roh yg dah mati akan ke alam barzah selepas 7 langkah org terakhir meninggalkan pengkebumian. Tak nak percaya ia telah berlaku didepan mata....atau "alam barzah" itu sendiri memberi pengertian yg belum difahami secukupnya. Mari kita kongsikan bersama...kalau ada yg sudi.

Ini bukan kisah dongengan akhi sebab terdapat banyak hadits yang mengkhabarkan mengenainya.

Roh simati memang berada di alam barzakh bukan alam manusia. Sebagaimana jin berada di alam mereka bukan di alam manusia.

Roh simati akan pulang setiap 40 hari dan disebutkan pada malam jumaat dan hari jumaat.

Mereka hadir melihat anak-cucu dan memohon doa. sebab itu adakalanya kita akan teringat si mati secara tiba-tiba, maka ketika itulah sedekahkan al-Fatihah buat mereka.

Saya pernah menyaksikan sebuah filem pendek berkenaan alam barzakh yang dipetik dari al-Quran dan al-Hadits..menyeramkan jugak..

Kita hidup di sana bukan mati. Allah ciptakan manusia untuk hidup bukan untuk mati.

------------------------------

http://formuladuitterdesak.weebly.com

Quote:
Originally posted by: aceglobal13

Kita hidup di sana bukan mati. Allah ciptakan manusia untuk hidup bukan untuk mati.

Setuju....sebab yg mati itu ialah jasad ... bukan diri..

All times are GMT +8. The time now is 4:14 pm.