Sign Up KerisWarisan helps you connect and share with the people in your life.

Tengkolok, Destar. Tanjak : Bagaimana Membuatnya

masuk dalam iklan forum la..

sundangmoro said...

Nakhoda_Hitam said...

kalau buat perjumpaan kecil,

boleh tak tuan tolong ajar mana yg tahu?

sundangmoro said...

Salam, saya ingin berkongsi dengan kalian, berkenaan ikatan destar. Saya tahu sedikit tentang ikatan destar: pari mudik, dendam tak sudah, solok timba dan ayam patah kepak. Sekiranya tahu asas, maka solek yang lain boleh digubah atas kreativiti individu sendiri. Insyallah saya akan kongsikan gambar2 ikatan destar yang telah dibuat.

Tuan Nakhoda,

Saya amat berbesar hati. Nyatakan tarikh dan masa nya. Insyallah saya cuba yang terbaik untuk hadirkan diri.

Dan untuk makluman para peminat destar tanjak, akan ada bengkel pembuatan setanjak anjuran astaka villa pada 25 jun 2011 di PKG hulu klang (dekat dengan FINAS taman melawati). Yuran adalah rm150 dan pendaftaran adalah terhad. Maklumat lanjut boleh lawati:

http://astakavilla.blogspot.com/2011/05/bengkel-pembuat an-stanjak-destar.html

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Maaf tuan Nakhoda, maklumlah saya ni jarang berforum.

Salam forumer,

Seperti dijanjikan, gambar2 destar yang telah dibuat, tanpa menggunakan kertas keras, lidi, dan jahitan.

Tanjak dendam tak sudah.

Dendam tak sudah

Tanjak ini dibuat dengan menggunakan songket sarung sampin murah. Disebabkan quality kain, saya terpaksa menggunakan kertas surat khabar bagi menghasilkan tanjak yang utuh.

Solok Timba

Solok Timba

Tanjak ini dibuat dengan menggunakan songket samping yang berkualiti. Senang dibentuk dan semula jadi utuh tanpa menggunakan lidi, jahitan dan kertas keras.

Ayam Patah Kepak

Ayam patah kepak

Tanjak pandangan hadapan. Songket buatan mesin, warna putih sulam benang perak.

ayam patah kepak sisi

Ayam patah kepak pandangan sisi. Tanjak ini merupakan tanjak rasmi negeri perak.

Setelah tuan2 tahu langkah asas untuk membuat destar, sudah tidak menjadi masalah untuk menggayakan solek yang lain atas kreativiti tuan2 sekalian.

Contoh tanjak rekaan sendiri.

rekaan sendiri

Dibuat dengan menggunakan kain broket warna merah, 75cm x 75cm, dijahit tepi, hujung kain dijahit dengan reben bercorak warna emas. Lambaian kasih tidak berapa kemas sebab nampak kesan jahit tepi.

kain broket tu kain ape? made in mana tu?

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

kain broket tu dalam keluarga kain tenun. Kira adik beradik dengan kain songket, jackuard dan kain tenun yang laiin. Biasanya pengeluar kain dari china dan india. Kain broket ni selalu orang buat langsir. Tapi saya rasa orang takkan perasan kalau saya tak sebut pasal langsir. Kalau buat sampin @ baju sikap/layang pun cantik guna kain broket. Dalam bahasa inggeris di eja brocade.

takpe nanti pegi kedai kain saya tanya.

kalau kl, kat mana boleh dapat kain bagus dan murah murah sesuai untuk buat busana lengkap?

Tuan bercadang nak buat busana? Saya pun sama. Cadangan saya kalau kita buat perjumpaan kecil, bincang hal berkaitan busana. Kain apa nak guna, aksesori apa yang elok dipakai, jenis potongan baju jenis apa..masa tu banyak idea boleh kita ketengahkan. Dan saya boleh kongsi pengetahuan saya berkenaan dengan tanjak. Tuan tetap kan masa dan tempat. Ajak beberapa orang yang berminat. Setiap seorang bawa bahan (idea) dan rujukan masing2. Bawa sekali kain (apa2 kain) berukuran 80cm x 80cm atau kain sarung biasa/sampin songket (untuk demonstrasi buat tanjak) dan kertas minyak. Apa kata tuan?

memang tengah dalam proses tuan. nanti jemput semua datang

kita bincang balik. lepas tu boleh bincang pasal price mana murah. saya pon ramai yg datang tawarkan special price untuk keriswarisan jadi boleh kongsi bersama. cuba bab sulam dgn kain ni yg tak cukup ilmu.

sundangmoro said...

Nakhoda_Hitam said...

takpe nanti pegi kedai kain saya tanya.

kalau kl, kat mana boleh dapat kain bagus dan murah murah sesuai untuk buat busana lengkap?

sundangmoro said...

kain broket tu dalam keluarga kain tenun. Kira adik beradik dengan kain songket, jackuard dan kain tenun yang laiin. Biasanya pengeluar kain dari china dan india. Kain broket ni selalu orang buat langsir. Tapi saya rasa orang takkan perasan kalau saya tak sebut pasal langsir. Kalau buat sampin @ baju sikap/layang pun cantik guna kain broket. Dalam bahasa inggeris di eja brocade.

Tuan bercadang nak buat busana? Saya pun sama. Cadangan saya kalau kita buat perjumpaan kecil, bincang hal berkaitan busana. Kain apa nak guna, aksesori apa yang elok dipakai, jenis potongan baju jenis apa..masa tu banyak idea boleh kita ketengahkan. Dan saya boleh kongsi pengetahuan saya berkenaan dengan tanjak. Tuan tetap kan masa dan tempat. Ajak beberapa orang yang berminat. Setiap seorang bawa bahan (idea) dan rujukan masing2. Bawa sekali kain (apa2 kain) berukuran 80cm x 80cm atau kain sarung biasa/sampin songket (untuk demonstrasi buat tanjak) dan kertas minyak. Apa kata tuan?

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Tuan, macam mana dengan gathering? Jadi tak?

tarikh belum decide, sekarang tengah fokus ade event sarasehan keris akan bulan depan.

tapi menag jadi la. ade 3 org sekarang yg nak buat busana

sundangmoro said...

Tuan, macam mana dengan gathering? Jadi tak?

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Bawah ni citer org lama istana yg pandai buat tengkolok atau destar.

______________________________________________________

www.utusan.com.my
ARKIB : 21/06/2011

Cinta Tok Ayah pada Raja

Oleh HAMDEN RAMLI
Gambar Roy Aziz Abdul Azis
<table width="300" align="Right" border="0" cellpadding="3"><tbody><tr><td valign="top">
</td></tr><tr><td>
Sultan azlan shah menganugerahkan gelaran orang besar 32 kepada tok ayah pada september 1987.

</td></tr></tbody></table>

DENGAN berpandukan maklumat yang cukup ringkas, penulis bergerak mencari seorang lelaki yang dikatakan antara individu penting dalam memastikan adat istiadat keluarga diraja Perak dilaksanakan dengan betul mengikut amalan yang telah diwarisi turun-menurun.

Maklumat yang ada di tangan hanyalah rumah tepi warna kuning dan nama lelaki tersebut adalah Tok Haji Abdul Rahim berusia lebih 80 tahun.

Melihat pada usia, penulis membayangkan kesusahan yang bakal dihadapi untuk menemubual lelaki tersebut. Pada usia 86 tahun sudah pasti banyak kekurangan daripada segi pendengaran, penglihatan dan pertuturan. Paling tidak mesti sudah duduk atas kerusi roda.

Ketika penulis mencorak-corak rupa dan keadaan lelaki tersebut, kereta yang dipandu menghampiri rumah tepi, berwarna kuning yang dicari itu.

Sebaik keluar saya melihat kelibat seorang lelaki, tanpa baju sibuk membersihkan halaman rumah teres setingkat itu.

Salam yang diberi disambut dengan penuh hormat. Saya terus mengambil peluang bertanyakan kepada lelaki berkenaan tentang Tok Haji Abdul Rahim.

Setelah mendengar soalan penulis, lelaki tersebut tersengih sambil berkata: "Sayalah Haji Abdul Rahim Mohamed.”

Dalam keadaan bersyukur kerana dipermudahkan urusan untuk mencari lelaki berkenaan, saya sedikit meragui kebenaran identiti lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah itu.

Walaupun raut mukanya jelas menunjukkan usianya melebihi 80 tahun, tetapi segala pergerakan, pertuturan, bahasa pula melambangkan sebaliknya.

Sebaik selesai membetulkan baju T yang dipakainya, beliau duduk sambil memadamkan bara rokok Salem yang menjadi kegemarannya.

Lalu bicara dimulakan bicara dengan mengakui dia merupakan antara individu penting dalam memastikan adat istiadat diraja Perak dilaksanakan seperti dikehendaki.

“Ini bukan satu keistimewaan, ia satu anugerah. Satu lagi benda-benda macam ini (melakukan adat istiadat istana) tidak boleh diminta-minta, sebaliknya merupakan satu kurniaan daripada ke Bawah Duli Sultan Perak,” ujarnya memulakan bicara tentang tugasnya dalam dunia keluarga diraja Perak.

Satu lagi pesanannya sebelum dia berbicara lanjut adalah: “Tok Ayah ini bukan pawang diraja, ramai yang salah sangka.”

Tok Ayah memulakan bicaranya dengan mencerita detik awal bagaimana dia boleh berada dekat bersama keluarga diraja Perak, sebelum meliputi kisah-kisah keunikan serta cabaran melaksanakan segala istiadat yang telah digunapakai oleh keluarga diraja berkenaan.

Sebagai Orang Besar Ke-16 yang membawa gelaran Toh Wangsa, Tok Ayah terlibat dalam hampir semua adat istiadat keluarga diraja Perak. Ini termasuk Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak sempena pertabalan Sultan Perak, pembinaan pelbagai peralatan sokongan bagi melaksanakan istiadat tersebut seperti Balai Gambang dan kereta pengusung jenazah ketika istiadat pemakaman keluarga diraja Perak.

Selain itu Tok Ayah juga merupakan antara individu yang sentiasa sibuk ketika majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Pada hari itu beliau akan memastikan segala peraturan berpakaian bagi penerima darjah dan pingat kebesaran dipatuhi.

Tugas itu tidak mampu dilakukan jika dia tidak mempunyai kemahiran untuk mengikat tengkolok dan sampin yang merupakan elemen penting dalam komponen pakaian istiadat diraja Perak.

Terdapat sembilan bentuk ikatan tengkolok negeri Perak yang dikuasai Tok Ayah. Antaranya, tengkolok Bugis Tak Balik, Balung Raja, Ayam Patah Kepak, Helang Patah Sayap, Dendam Tak Sudah, Helang Menyusur Angin dan Getang Pekasam.

Setiap bentuk mempunyai lebih dari dua cara lipatan yang setiap satunya mempunyai maksud tertentu.

Sebagai contoh, ikatan tengkolok ayam patah kepak melibatkan tiga gerakan lipatan. Lipatan pertama membawa maksud patah rebung; kedua genggam sebuku dan ketiga patah kepak. Menurut Tok Ayah, dia hanya mengambil masa antara tiga hingga lima minit untuk menyempurnakan satu lipatan tengkolok.

Kemahiran itu menyebabkan Tok Ayah hingga hari ini sentiasa sibuk setiap kali berlangsung istiadat penganugerah darjah dan pingat kebesaran negeri.

Ramai bakal penerima pingat kebesaran datang ke rumah sama ada untuk menyewa kelengkapan istiadat tersebut atau bertanyakan kaedah betul menggunakannya.

Sepanjang perbualan itu Tok Ayah kelihatan selamba mengorek kembali ingatannya selama lebih separuh abad bersama keluarga diraja Perak. Setiap tutur katanya disusun dan dikeluarkan dengan penuh tertib.

Kiasan dan pepatah tidak pernah lekang daripada meniti bibir, sekali gus membuktikan ketinggian kehalusan budaya Melayu yang teguh pada dirinya.

Terlalu banyak kisah menarik yang diceritakannya satu persatu termasuklah peristiwa menyelamat Sultan Idris Shah daripada lemas apabila bot dinaiki mereka bocor ketika dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan.

Terbabit dalam acara pertabalan Sultan Perak juga merupakan peristiwa besar yang berlaku sepanjang berkhidmat bersama keluarga diraja berkenaan.

Pertabalan Sultan Perak melibatkan istiadat-istiadat seperti Tabal Kerajaan, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarahi Makam-Makam Diraja dan Beting Beras Basah.

Bagaimanapun istiadat yang kerap diperkatakan rakyat jelata sudah pasti Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak yang tergolong di bawah istiadat Tabal Pusaka.

Menurut Tok Ayah, selain dia, individu yang terbabit mengambil air bersiram itu adalah Tok Nara dan Pawang Diraja.

Mereka akan bergerak ke kuala-kuala sungai yang telah ditetapkan iaitu kuala Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora. Semua air akan dimasukkan ke dalam geluk untuk dibawa ke istana.

“Proses seterusnya selepas sampai di istana, hanya Tok Nara dan Pawang Diraja yang tahu,” katanya sambil menambah air tersebut akan dikeluarkan semula pada Istiadat Bersiram Tabal berlangsung di Panca Persada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Satu lagi kelebihan Tok Ayah adalah beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membina Balai Gambang iaitu kenderaan seperti bot berhias yang akan digunakan sepanjang istiadat pertabalan Sultan Perak.

Menurut Tok Ayah, Balai Gambang mula diperkenalkan ketika pertabalan Sultan Perak, Sultan Idris Shah.

“Sultan Idris yang mencipta sendiri bentuk dan apa yang patut ada pada Balai Gambang tersebut. Kira-kira setahun sebelum mangkat, Sultan Idris menurunkan ilmu membuat Balai Gambang kepada empat individu iaitu Tok Ayah dan tiga tukang kayu dari Teluk Intan masing-masing dikenali sebagai Pak Dom, Pak Hassan dan Raja Numan.

“Sebelum adanya Balai Gambang dan bot Seri Andalan, majlis pertabalan Sultan yang membabitkan Istiadat Menziarahi Makam-Makam Diraja di sepanjang Sungai Perak menggunakan rakit,” ujarnya.

Menurutnya, Balai Gambang dilengkapi kemudahan bilik makan, tempat tidur mampu membawa 30 penumpang pada satu masa.

Tok Ayah juga merupakan orang penting dalam pembinaan Si-Raja Diraja iaitu peralatan berupa usungan atau pedati bagi mengusung jenazah pada Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman yang turut dikenali Raja Diraja.

Kerja membina pedati tersebut dimulakan sebaik berita kemangkatan diumumkan dan ia perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Pedati itu mesti berkemampuan untuk dinaiki tujuh anak dan cucu raja yang akan mengiringi jenazah. Ia akan diusung oleh 36 orang,” jelas Tok Ayah.

Sehingga kini beliau beliau telah mengetuai pembinaan lima Si-Raja Diraja membabitkan Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Sultan Idris Shah (1984), Raja Ikram; Raja Muda, Raja Ahmad Siffuddin (1987), Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham (1997) dan kekanda sulung Sultan Perak, Raja Baharom Shah (2009).

Segala pengalaman itu menjadikan dia hari ini tidak ubah seperti ‘perpustakaan hidup' kepada orang-orang besar istana atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal istiadat keluarga diraja Perak.

Ini diakui oleh isterinya, Norkamariah Abu Hassan yang terpaksa mengehadkan pergerakan Tok Ayah bagi menjaga tahap kesihatannya.

Tok Ayah yang dilahirkan di Kampung Pulau Tiga, Kampong Gajah mula bertugas bersama keluarga di raja Perak selepas Jepun menyerah kalah pada 1945. Pada tahun itu dia diterima bekerja sebagai pemandu bot di Jabatan Laut.

Pada 1947 Tok Ayah menyertai Jabatan Polis Laut selama tiga tahun. Sepanjang tempoh bertugas di kedua-dua jabatan itu Tok Ayah sempat menabur bakti di bawah pemerintahan Sultan Yussuff Shah.

Apabila Sultan Yussuff mangkat , Tok Ayah dilantik pula sebagai salah seorang petugas Sultan Idris Shah.

Tugas hakikinya adalah sebagai juragan bot dan kemudiannya sebagai Pegawai Pemerintah apabila bot tersebut dinaik taraf sebagai kapal.

Pada 1 September 1987, Tok Ayah dikurniakan gelaran Orang Besar 32 dan pada 27 Mac 2004 pula gelaran Orang Besar 16 oleh Sultan Azlan Shah.

Menurut Tok Ayah, tidak ada sedikit pun darah keturunan raja mengalir pada dalam dirinya. Ayahnya, Mohamed yang lebih dikenali sebagai Tak merupakan seorang bilal. Ibunya dikenali sebagai Long Putih merupakan guru al-Quran di Pulau Tiga.

“Cuma ibu saya dahulu banyak menyusukan anak-anak keluarga diraja,” katanya.

Pun begitu setia dan cintanya kepada institusi diraja Perak sukar digugat. Hatinya mudah panas dan darahnya cepat menyirap setiap kali mendengar pihak-pihak memperlekehkan institusi berkenaan.

Cintanya pada institusi diraja itu menyebabkan dia tidak mahu berganjak dari kawasan Bukit Chandan yang menempatkan Istana Iskandariah.

“Kalau ikutkan Tok Ayah, dia sanggup untuk tinggal di rumah usang yang telah diduduki sejak berkhidmat di bawah Sultan Idris Shah tetapi saya mengajak pindah kerana rumah tersebut sudah tidak selamat.

“Hendak mendirikan rumah baru sukar kerana tanah itu bukan atas nama Tok Ayah dan sehingga kini Tok Ayah tidak pernah memiliki ataupun dikurniakan tanah. Bila taman perumahan ini dibuka, dia setuju pindah kerana masih dalam kawasan Bukit Chandan,” jelas isterinya.

Menurut Tok Ayah, selagi hayat dikandung badan, beliau akan tetap setia dan sedia berkhidmat dengan Sultan Perak.

beddezeuk said...

Bawah ni citer org lama istana yg pandai buat tengkolok atau destar.

______________________________________________________

www.utusan.com.my
ARKIB : 21/06/2011

Cinta Tok Ayah pada Raja

Oleh HAMDEN RAMLI
Gambar Roy Aziz Abdul Azis
<table class="mceItemTable" align="Right" border="0" cellpadding="3" width="300"><tbody><tr><td valign="top">

Wah, terima kasih tuan beddezeuk..info yang ditunggu2. Insyallah ada kelapangan saya nak ziarah Tok ayah.

bulan depan kita buat perjumpaan pasal perbincangan busana dan tempahan sebagainya. bulan ni tak sempat. mungkin 2 minggu lagi

sundangmoro said...

Tuan, macam mana dengan gathering? Jadi tak?

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Tuan sundangmoro, yg ni lagi satu artikel yg dah keluar dlm utusan mengenai seorang pembuat tengkolok di negeri Kedah pula. Boleh jugak buat rujukan.

_______________________________________________________ ___________________

www.utusan.com.my
ARKIB : 05/04/2011

Tengkolok jiwa Mohd. Yatim

Oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI
Gambar HALIM KHALID
<table class="mceItemTable" width="300" align="Right" border="0" cellpadding="3"><tbody><tr><td valign="top">
</td></tr><tr><td>
Mohd. Yatim Mustaffa menunjukkan tengkolok yang telah disiapkan di rumahnya di Kampung Peremba, Tongkang Yard, Alor Star.

</td></tr></tbody></table>

SEJAK zaman berzaman, bangsa Melayu mempunyai pelbagai adat dan istiadat yang kekal menjadi tradisi dan warisan turun menurun.

Walaupun menghadapi cabaran atau ‘rentak’ dunia baru berpaksikan teknologi, tradisi itu tetap dipertahankan.

Nyata, kecanggihan teknologi dan arus permodenan tidak mampu menyekat atau menenggelamkan terus tradisi Melayu.

Sebagai contoh, pakaian Melayu bukan sahaja diperagakan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha dan di majlis persandingan orang Melayu tetapi ia menjadi pakaian rasmi bagi adat istiadat kerajaan termasuk di istana.

Bagaimanapun, pakaian seperti baju Melayu masih banyak dan boleh ditempah atau dibeli terus dari butik-butik.

Begitu juga dengan songkok untuk hiasan kepala bagi dipadankan dengan baju Melayu.

Namun aksesori kepala tradisonal yang dipakai oleh pembesar dan pahlawan Melayu zaman dahulu iaitu tengkolok sememang semakin sukar untuk didapati. Malah untuk mencari pembuat tengkolok pun sudah sukar.

Disebabkan itu, hiasan kepala yang masih kekal di kalangan lelaki Melayu hanya songkok.

Tengkolok jika ada dan dipakai pun hanya di kalangan kerabat diraja dan para petugas istana.

Mereka yang ingin mendapatkan tengkolok biasanya akan mengunjungi kedai-kedai dan butik pengantin atau menyewanya daripada mak andam. Itu pun terhad kepada satu atau dua jenis tengkolok sahaja.

Menyedari hakikat itu, seorang pemuda, Mohd. Yatim Mustaffa, 34, dari Kampung Peremba, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah berani menongkah arus untuk kembali ke zaman silam bagi menyahut cabaran meneruskan tradisi pembuatan tengkolok.

Minat Mohd. Yatim terhadap tengkolok, tanjak atau dastar timbul kerana keunikannya. Ia bukan sahaja berperanan sebagai penutup kepala, malah cara ikatan dan pemakaiannya melambangkan ketokohan pemakainya pada zaman dahulu.

Sehubungan itu, pemuda yang diberi nama oleh bapanya sempena tajuk sebuah filem Yatim Mustapa itu mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam pembuatan tengkolok sejak dia berusia 20-an.

“Ketika itu kalau tidak silap sekitar 1997, saya aktif dalam seni silat pulut yang membuat persembahan di rumah-rumah kenduri kahwin.

“Pada masa itulah saya kena ikat tengkolok dan naluri saya tiba-tiba minat dengan tengkolok.

“Memakainya mudah, tetapi untuk membentuk kain menjadi tengkolok saya lihat memerlukan seni dan kreativiti. Dari situ saya mencuba membuatnya sendiri di rumah.

“Bagi tujuan itu, saya membeli tengkolok digelar Dendam Tak Sudah yang pada ketika itu berharga RM40 dan membuka simpulnya , kemudian mengikatnya kembali,” kata Mohd. Yatim ketika ditemui di rumahnya.

Menurut Mohd. Yatim, pada mulanya ia memang sukar untuk mengikat kembali tengkolok yang telah dileraikan itu tetapi selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia berjaya mempelajari sedikit sebanyak teknik mengikat tengkolok.

“Selepas mengetahui teknik, ditambah kreativiti sendiri, saya berupaya untuk membuat tengkolok di samping membeli buku yang mempunyai kaitan dengan tengkolok bagi menambah pengetahuan,” katanya.

Begitu pun, minat yang mendalam di samping mahu meneruskan kerja-kerja pembuatan tengkolok mendorong Mohd. Yatim menambah pengetahuannya dalam bidang diceburi apabila menyertai satu kursus berkaitan tanjak di Taman Budaya, Pumpong di sini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kedah.

Bapa kepada Omar Dani, 9, Rabiaton Adiwiyah, 5, Normadinah, 3, dan Normuzalifah, 1, itu bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada seorang pembuat tengkolok berpengalaman yang cukup popular dengan nama Pak Mus pada kursus selama dua hari itu.

Nasibnya juga baik kerana isteri, Mariah Shahban, 30, yang pernah mengikuti kursus teknologi fabrik dari Pusat Giat Mara mahir dalam bidang jahitan dan membantu Mohd. Yatim terutama ketika dia menerima banyak tempahan.

Malah, anaknya Omar Dani, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak, Alor Setar sudah menampakkan minat untuk mencuba bidang tersebut pada waktu hari kelepasan atau cuti sekolah dan segala ilmu dicurahkan untuk meneruskan kesinambungan pembuatan tengkolok.

Berkat kegigihan di samping keluarga menjadi pembakar semangat, Mohd. Yatim mula menonjolkan kepakarannya dalam membuat tengkolok sehingga dikenali di kalangan penggiat seni dan bahagian protokol istana.

Tempahan tengkolok datang mencurah-curah, malah pada sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah, Mohd. Yatim menerima tempahan 152 biji tengkolok sehingga terpaksa `bersengkang mata’ selama tiga hari dua malam untuk menyiapkannya dalam tempoh diberikan.

Kini Mohd. Yatim sudah boleh membuat pelbagai jenis tengkolok mengikut variasi atau gelaran diberi oleh istana atau golongan bangsawan pada masa dahulu yang kekal sehingga sekarang.

Antara nama-nama atau gelaran tengkolok yang dibuat oleh Mohd. Yatim ialah Dendam Tak Sudah atau panggilan istana Dandan Tak Sudah, Tanjak Laksamana, Gagak Di Rimba, Ayam Teleng, Tanjak Harimau Berantai, Tunas Rebung, Naga Bora, Solek Gondang Mas, Layang Mas, Helang Menyongsong Angin, Lang Sura dan Solek Ketam Batu.

cam mana nak dapatkan contact dia org ni?

All times are GMT +8. The time now is 4:01 pm.