Sign Up KerisWarisan helps you connect and share with the people in your life.

Busana Kedah

Viewing Single Post
Thread: Busana Kedah
Busana Kedah
<table cellpadding="0" cellspacing="0"> </table>

Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.

Pengaruh Siam dapat dilihat pada busana tradisional masyarakat Kedah. Antaranya ialah Baju Kurung Kedah yang hampir menyerupai blaus pendek Siam, agak singkat dari baju kurung biasa, namun manis dipadan dengan kain sarung lipat. Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap digemari oleh golongan lelaki. Baju Sikap Kedah ini dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina dan samping.

Busana Kedah1
Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang

Busana Kedah2
Baju Cekak Musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap baldu bersulam serta tengkolok. Pasangan berbaju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur

Busana Kedah3
Baju Melayu polos digandingkan seluar berbeza warna. Lengkap berbaju Sikap corak berjalur dan samping kain tenun

Busana Kedah4
Baju Kurung Kedah kain kasa warna warni dipadankan kain tenun dan selendang

Busana Kedah5
Baju Kurung Kedah baldu dipadankan dengan kain tenun

Busana Kedah6
Baju Kurung Kedah bercorak bunga kecil dipadankan kain batik sarung

Busana Kedah7
Kebaya Labuh broked Cina dipadankan kain pelikat dan selendang sifon

Busana Kedah8
Kebaya Labuh kain sifon corak flora dipadankan sarung pelikat selisih

Busana Kedah9
Baju Melayu Cekak Musang dipadankan samping kain tenun dan Baju Sikap

Busana Kedah10
Baju Cekak Musang biru dipadankan samping songket dan Baju Sikap fabrik broked

Busana Kedah11
Baju Kurung Kedah daripada sutera Cina dipadankan kain tenun. Berselendang sifon bersulam benang keemasan

Busana Kedah12
Baju Kurung Kedah corak tapak catur dipadankan kain songket sarung

Busana Kedah13
Kebaya Labuh corak bunga renik rona hitam dipadankan kain batik lepas dan selendang

Busana Kedah14
Baju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur sedondon diserikan selendang songket bunga penuh

Busana Kedah15
Baju Melayu Cekak Musang polos lengkap bersamping kain songket dan Baju Sikap kain baldu bersulam mewah

Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar
All times are GMT +8. The time now is 9:37 pm.