Sign Up KerisWarisan helps you connect and share with the people in your life.

Adat Silat Pengantin(persembahan Silat Pengantin)

Sape pernah tengok persembahan Silat depan Pengantin.


Tahu tak bagaimana adatnya?


Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Artikel tentang Silat Pengantin...

======================================================= =======


Significance of performing silat pengantin in front of newly weds

Done by NTU silat club

During the early Malay civilisation,Silat Pengantin was performed in front of the sultan of a country by a Panglima.The purpose of doing so was to showcase the skills and fighting capabalities of that Panglima,which was important during the era where wars between countries are frequent.It was to provide assurance that the country would be secured and well defended by the fellow Panglimas should it face any unwanted interference from the opposing countries.

Today ,this ritual is still practiced by some as a form of heritage.Newlyweds are perceived to be the sultanate for the day.It is usually performed solely for the groom to welcome his arrival at the bride's house,or for the bridal couple when they arrived at the groom's house.Although it serves a different purpose now,many aspects of the performance are still preserved .Each movement of the Silat Pengantin have it's own meaning which usually signify:

  • Salam Hormat(Respect to the "royalty")
  • Merestui Mempelai(Blessing the couple)
  • Perlindungan Mempelai(Protection to the couple)
  • Mencabar Sekeliling(Showing of his prowness to those around)

The Silat Pengantin culture is found in the Malay Archipelago mainly in Malaysia,Singapore,Brunei,Riau and parts of Sumatra.The Silat Pengantin has to be performed with great respect and etiquette.Whan performing the Silat Pengantin,care must be taken and the following be observed:

  • All movements must be graceful and nonvoilent so as to be respectful to the bridal couple.
  • There should not be any movements where the back is shown to the bridal couple.
  • The feet must not be lifted too high.
  • There should not be any "aggrasive" movment directed towards the bridal couple.Punches should be pointed down or sideways.
  • Attacking moves cannot be done in full.ExampleTongueunches to be done slow and not fully extended.
  • Should not move to the side of the bridal couple.
  • No weapons should be used when performing.
  • During the performence,the performer should not make any utterences.
  • It is traditionally believe that the silat pengantin has to be presented in odd numbers i.e. one,three,five persons and so forth.

http://www.ssnsg.com/research/article.html

_______________________________________________________ _________________

Terjemahannya dlm satu blog dibawah ni:

=======================================================



Silat Di Dalam Majlis..

SILAT DALAM MAJLIS PERKAHWINAN.


Selain daripada silat di pertandingan, silat juga diadakan/ dipersembahkan si majlis perkahwinan.


Pada awaltamadun Melayu,Silat Pengantindilakukan dihadapan sultansesebuah negara olehPanglima. Tujuan beliau untuk berbuat demikianadalah untuk mempamerkankemahiran dankebolehannya itu. Ia adalah untuk memberijaminan bahawa negaraakan dilindungi dandipertahankan dengan baikoleh Panglima, iaharus menghadapiapa-apa gangguan yang tidak diinginidari negara-negara yangmenentang.

Hari ini, upacaraini masihdiamalkan oleh sesetengah pihak sebagaisatu bentuk warisan.pasangan pengantindilihat menjadi harikesultanan.

Biasanya, iadilakukan semata-mata untukpengantin lelaki untukmengalu-alukan ketibaannyadi rumah pengantin perempuan,atau untuk pasanganpengantin apabila merekatiba dirumah.Walaupun pengantin lelaki menghidangkantujuan yangberbeza sekarang,banyak aspek prestasimasih dipeliharaSetiap pergerakanPengantin Silatmempunyai maknasendiri yang biasanyamenandakan.:


-Salam Hormat
-Merestui Mempelai
-Perlindungan Mempelai
-Mencabar Sekeliling


BudayaSilat Pengantindidapati di kepulauan Melayuterutamanya diMalaysia, Singapura, Brunei, Riaudan bahagianSumatra. SilatPengantin telahdilakukan berkenaan denganhebat dan etika.Apabilamelaksanakan Silat Pengantin,perhatian mesti diambildan perkara-perkara berikutdipatuhi:


-Semuapergerakan mestianggun dantidak berbahaya supayahormat kepadapasangan pengantin.
-Sepatutnya tidak adaapa-apa pergerakandi mana belakangditunjukkan kepadapasangan pengantin.
-Kakitidak perludiangkat terlalu tinggi.
-Sepatutnya tidak adapenggerakkan yang agrasif ke arahpasangan.

-TumbukkanPerlu ditegaskan di bawah atauke sisi.
-Tidak harus bergerak kesebelah pasanganpengantin.
-Tiada senjatayang harusdigunakan apabilamelaksanakan persembahan.
-Semasa persembahan, pelakutidak perlumembuat apa-apa ucapan.


Iasecara tradisinya percayabahawa silatpengantin yang akan dibentangkandalamnombor ganjiliaitu satu, tiga,lima orang dansebagainya.

http://hisyiahsyahinda-h.blogspot.com/2011/08/silat-di- dalam-majlis.html

_______________________________________________________ __________________________


Bengkel Silat Pengantin di Singapura!

======================================================= ======


Silat Pengantin Workshop

Rizman Hassan, 26, has always been interested in the traditional martial arts of silat since young. His interest turned into unbridled passion after he became an active member of ntusilat club and had since represented his university in many tertiary and national silat competitions during his undergraduate days.

So it was of no surprise when he mooted the idea of learning to perform the silat pengantin which is ubiquitously seen during the wedding ceremonies of Malay brides and bridegrooms. After discovering an article about silat pengantin in a local newspaper, he started to ask around among the ntusilat club members to gauge their interest in learning the art of silat pengantin too.

And so on a rainy night last Monday, 24 March 2008, ntusilat club organised its inaugural silat pengantin workshop for its members. A healthy turnout of 18 participants showed up in Activity Room 2 at around 7.30pm. The night turn into a reunion of sort with the appearance of ntusilat club alumni such as Darwis and Razali who took time off from their busy work to gain some knowledge about this artistic aspect of silat.

Razali, Darwis, Faizal Bulu, Badman and Raihan

The main instructor for the day was Paman Iskandar Muda Abdul Jalil Rais from Singapore Pencak Silat Performing Arts. Accompanying him were his three silat students as his assistants for the night. The night was a mix of theory and practical lessons, starting with a brief self introduction by Paman Iskandar and the rules and regulations of silat pengatin. The compulsory six ‘rukun’s were drilled into the participants as without any of them, the silat pengantin is incomplete. The meaning of each movement of the nine ‘rukun’s was explained in detail as they mirror the actions of a guest visiting the home of his host. Paman Iskandar managed to grab the attention of the participants throughout the night with his good sense of humour and witty comments.

As the night came to a close, Paman Iskandar reminded all the participants to continue practising the nine ‘rukun’s and the flowery movements diligently so that in the future their actions will be smooth and elegant. For sure Rizman will do as advised.

Paman Iskandar with the first ‘rukun’

Trying to wear the ‘sampin’

Folding the ‘tanjaks’

Practicing the six ‘rukun’s

One for the night

http://ntusilat.wordpress.com/2008/03/27/silat-penganti n-workshop/


Betul katatuan beddezeuk, saya pernah dengar juga adab2 yg mcm yg dinyatakan tu.. terutama kaki, x boleh diangkat lebih dari paras lutut...

x boleh ada pergerakan yg kasar2.. cuma yg lembut2 jer..
kira mcm silat pulut lah.. lembut jer..

Tp kebanyakan kg ni, silat pertunjukan utk pengantin @ tetamu VIP dah over.. siap lompat terbang lagi.. pastu plak main pedang sampai tetamu yg tengok ngeri jer...

zaman skg ni kebanyakan org terlalu moden smpai lupa asal usul, bila tengok org main silat pedang berdenting.. dah x nak bagi anak2 joint silat.. alasan; bahaya.. tengok pedang tu, berdentang denting..

kalau zaman dulu x per.. pedang & keris tu senjata wajib disisip,kalau tengok org buat pertunjukan silat guna pedang, siap berdentang denting.. itu yg orang nak tengok.. itu yg orang nak bg anak2 belajar..

tp skg ni?.. dah terbalik... jadi.. fikir2 kan lah wahai bangsa ku...
agar warisan seni persilatan Melayu x pupus di bumi Malaya ni...
kekalkan lah ianya walau dengan cara apa sekalipun, cuma..
jangan melanggar adat & adab cukuplah...


MELAYU DI JIWA, ISLAM DI HATI



TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Silat Pengantin adalah satu tari silat menghormati, memulia dan meraikan pasangan pengantin sebagai 'raja sehari' di dalam suatu majlis perkahwinan.

Zaman sekarang rasanya memang banyak yg dah lari drp adat dan adab budaya silat pengantin ni. Mana boleh berguling, melompat, membelakangkan punggung, tunjuk kepal penumbuk, menendang dan mengangkat kaki tinggi sehingga menampakkan tapak kaki terhadap pasangan pengantin. Ada pula main senjata sampai hunus pada pengantin. Tak sesuai rasanya permainan senjata tak kira yg tajam mahupun yg tumpul di majlis perkahwinan. Silap haribulan dlm permainan senjata bukan sahaja penonton yg cabut lari, pengantin juga akan cabut lari. Pastinya merosakkan majlis sahaja. Kalau adat dan adab budaya kita orang Melayu tak jaga dan tak belajar dgn betul serta berhati2 maka kita sendirilah yg merosakkan adat dan budaya sendiri. Samada secara sedar atau tidak sedar, menghina dan memalukan adat budaya resam bangsa sendiri yg tinggi nilai adab seni budayanya. Inilah yg orang tua2 pesan dahulu. Silat Pengantin bercirikan dgn sifat ceria dan meriah serta penuh adab sopan bersesuaian dgn tujuannya utk menghormati dan meraikan pasangan mempelai. Bukan spt Silat Pertempuran yg cirinya penuh agresif, kasar serta mempamerkan kudrat dan gah persilatan masing2 dan seharusnya tidak bersesuaian dgn majlis meraikan pengantin. Ini yg perlu difahami.

Kalau nak bersalam tgn semasa tari sembah pengantin, pastikan salam tgn pengantin lelaki. Yg pengantin perempuan jgn salam kecualilah dia muhrim kita spt adik perempuan, kakak, emak saudara dsbnya. Pastikan juga pemain silat pengantin ni berpakaian menutup aurat dan adalah terlebih baik dgn berpakaian melayu lengkap. Bila dah mengadap 'raja sehari' mestilah semuanya mengadap dgn sopan dan adab tertib menjaga seluruh perlakuan semuanya spt gerakan langkah hadapan dan ke belakang mengadap yg tertib dan perlahan serta menjaga pandangan mata terhadap pengantin.

Di bahagian utara semenanjung M'sia silat pengantin selalu dibuat dgn pertunjukkan permainan silat pulut oleh sepasang pesilat selepas membuat sembah tari hormat pengantin. Adakalanya persembahan silat pulut tersebut menjadi agak lucu dgn berlawak jenaka. Berbeza dgn adat masyarakat Melayu bahagian selatan semenanjung, di utara jika semasa membuat gerak sembah tari hormat membelakangi pengantin tidak pula menjadi kesalahan adat dan adab kerana pergerakan memusing tubuh tersebut sebelum mengakhiri sembah tari itu adalah utk menghormati penonton sekelilingnya. Lihat link di bawah:


Pencak Silat Pengantin


Silat at Serangoon


Silat Pengantin Otai Style


Silat Pengantin/Silat Sembah/Lela Sembah


Silat Gayung Kedah


Otai Silat Pulut


betul tu. hari tersebut , mereka yang membuat persembahan harus ingat bahawa yang mereka mengadap raja sehari.


semasa ini yang ramai buat silap. tidak kira apa-apa pon jenis silat, adat semasa persembahan tetap sama.

contohnya larangan semasa persembahan ialah

  • mencabut keris.(keris tidak bersarung)
  • membelakangi pengantin (punggung aras pengantin)
  • menghalakan benda tajam pada pengantin


Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Nakhoda_Hitam said...

contohnya larangan semasa persembahan ialah

  • mencabut keris.(keris tidak bersarung)
  • membelakangi pengantin (punggung aras pengantin)
  • menghalakan benda tajam pada pengantin

Bagi adat masyarakat Melayu selatan semenanjung membelakangi pengantin semasa membuat tari sembah pengantin/silat sembah pengantin, langsung tidak dibenarkan. Bagi adat masyarakat Melayu utara semenanjung ianya diperbolehkan dlm gerak bertari tetapi bukan saja2 nak menghadapkan bahagian belakang tubuh ke arah pasangan pengantin spt yg telah diberitahukan kpd saya.


yang ni saya tak pasti la.

yang tahu kalau sisi mengadap pengantin masih ok.


tapak kaki pon tidak boleh mengadap raja sehari



beddezeuk said...

Nakhoda_Hitam said...

contohnya larangan semasa persembahan ialah

  • mencabut keris.(keris tidak bersarung)
  • membelakangi pengantin (punggung aras pengantin)
  • menghalakan benda tajam pada pengantin

Bagi adat masyarakat Melayu selatan semenanjung membelakangi pengantin semasa membuat tari sembah pengantin/silat sembah pengantin, langsung tidak dibenarkan. Bagi adat masyarakat Melayu utara semenanjung ianya diperbolehkan dlm gerak bertari tetapi bukan saja2 nak menghadapkan bahagian belakang tubuh ke arah pasangan pengantin spt yg telah diberitahukan kpd saya.


Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar

Nakhoda_Hitam said...

yang ni saya tak pasti la.

yang tahu kalau sisi mengadap pengantin masih ok.


tapak kaki pon tidak boleh mengadap raja sehari


beddezeuk said...

Nakhoda_Hitam said...

contohnya larangan semasa persembahan ialah

  • mencabut keris.(keris tidak bersarung)
  • membelakangi pengantin (punggung aras pengantin)
  • menghalakan benda tajam pada pengantin

Bagi adat masyarakat Melayu selatan semenanjung membelakangi pengantin semasa membuat tari sembah pengantin/silat sembah pengantin, langsung tidak dibenarkan. Bagi adat masyarakat Melayu utara semenanjung ianya diperbolehkan dlm gerak bertari tetapi bukan saja2 nak menghadapkan bahagian belakang tubuh ke arah pasangan pengantin spt yg telah diberitahukan kpd saya.


Saya diberitahu pun drp seorg guru silat yg tahu permainan silat pengantin/silat pulut. Ada lagi cerita adabnya kalau main depan raja dan org2 besar serta vip. Depan raja lagi tak boleh angkat kaki dan membelakangkan badan. Permainan senjata pula sebenarnya ditegah sama sekali dlm majlis pengantin. Kalau keris disisip ke pinggang takpe sebagai pelengkap aksesori pakaian melayu, cuma jgn dikeluarkan kerana ianya lari drp adat dan adab majlis perkahwinan mengadap pengantin yg merupakan 'raja sehari'. Main silat pengantin dan silat pulut sahaja dibenarkan dlm majlis sebegini yg mana hanya bermain bunga2 tari yg lemah lembut dan cantik. Main silat pulut pun ada adab permainannya bukan main hentam semberono. Tangan sentuh tangan, jgn sentuh kepala dan badan lawan pasang kita. Dlm adat, adab budaya kita ini, "betulkan yg biasa, biasakanlah yg betul". Versi2 silat pulut:


kedah-1

kedah-2

kedah-3

kelantan-1

kelantan-2

kelantan-3

pahang-1

pahang-2

pahang-3

sarawak-1



Makcik2 pun main silat pengantin... boleh tahan jugak!!


klik sini!


beddezeuk said...

Makcik2 pun main silat pengantin... boleh tahan jugak!!


klik sini!


caya lah makcik2 bersilat,blm pernah lg hamba melihat nya secara dkt.....


Dlm adat majlis pengantin ni ada falsafah tersirat. Bunga telur, merenjis beras kunyit dan air mawar kpd pengantin dsbnya semua ada maksud dan falsafahnya. Adat dan adab Melayu sudah elok disusun oleh orang tua2 dahulu. Kita sahaja yg masih jahil tidak mahu memahami.

Begitu juga dgn bersilat dgn silat sembah pengantin atau silat pulut di hadapan pengantin. Silat Sembah Pengantin bertari dgn sembah hormat dan berjalan mengadap pengantin sebagai menghormati dan memuliakan pengantin sebagai Raja Sehari. Ada maksud dan falsafahnya kenapa perlu di'sembah' pasangan pengantin.

Apa pula kaitannya permainan silat pulut yg dilakukan dgn lemah lembut dan beradab di hadapan pengantin selepas melakukan tari sembah hormat pengantin?? Nak beri tumbukan jgn bagi kena dan jgn kuat. Nak kilas mengunci tangan pun jgn bagi habis kuncian. Jgn sesekali menjatuhkan pasangan silat pulut dihadapan pengantin dan orang ramai. Perkara utama dlm silat pulut dihadapan pengantin ialah jgn jatuhkan maruah atau beri aib dlm permainan silat pulut. Adakah sesuai bagi jatuh dan berguling dlm silat pulut dan selepas itu nak meraikan majlis pengantin dgn bersilaturrahim dan menjamu selera? Sudah tentu tak mahu berpakaian kotor bukan?? Apa ertinya falsafah permainan silat pulut utk dipersembahkan dihadapan pengantin?? Setiap gerak permainan silat pulut bercerita kpd pasangan mempelai. Hidup rukun aman bahagia... diberkati Allah. Cuba fikirkan... Gerak mesti sama cerita utk meraikan pasangan pengantin.

Perkara ini banayak terdapat perbezaan adat mengikut tempat daerah dan susur galur bangsa (jawa, bugis dll) menurut apa yang disampaikan oleh beberapa orang guru tua kepada saya ialah persembahan silat didalam majlis perkahwinan biasanya dalam dua keadaan iaitu


1. menyambut dan mengiring  biasanya sebelum pengantin duduk bersanding di pelamin.


2. persembahan sewaktu bersanding atau makan berdamai.


dalam perkara yang pertama terdapat banyak adat dan adab yang perlu dipatuhi antaranya 


ialah perkara perkara yang disebutkan oleh saudara beddezeuk 


dan apa yang disampaikan kepada saya mungkin lebih ketat iaitu 


tidak boleh menggenggam penumbuk, 


menepuk atau bertepuk


melangkah dengan kaki kiri (menghadapkan kaki kiri kepada pengantin)


namun adat ini berbeza dari tempat ke setempat 


malah saya pernah melihat seorang guru tua bersilat sewaktu menyambut pengantin dengan gaya yang agak kasar (pada pandangan mata saya) namun beliau adalah seorang guru yang disegani dan mempunyai ramai anak murid... maka berlaku kekeliruan adakah beliau lupa atau memang dalam perguruan nya adatnya begitu 


dalam situasi kedua (persembahan sewaktu bersanding dan makan berdamai) adalah lebih bebas dan santai namun masih juga terikat dengan adat kerana terdapat disesetengah kawasan berlakunya kes cabar mencabar sewaktu persembahan ini. dan adalah menjadi sesuatu yang kurang enak jika berlaku sesuatu seperti itu didalam majlis kenduri kahwin,


namun disesetengah tempat ia adalah medan untuk menunjuk, memperagakan ilmu melaui seni silat pulut yang mana ketinggian penguasaan silat dapat ditentukan menag kalahnya tampa sentuahan yang mencederakan, beghitulah indahnya seni melayu. 


saya hanya menyampaikan apa yang diajarkan kepada saya dan kefahaman saya sendiri , seperti yang saya nyatakan tadi segala adat dan adab itu berbeza mengikut tempat, daerah dan ras bangsa.


wallahu alam 


 

ariapersanta.blogspot

Ya memang betul saya setuju dgn Tn Ariapersanta. Memang terdapat banyak adat yg berbeza mengikut suku bangsa melayu dlm adat permainan silat di hadapan pengantin. Dua keadaan yg biasa disebutkan di atas itu memang banyak kita lihat iaitu silat semasa menyambut kedatangan rombongan pihak pengantin lelaki dgn seorang wakil drp setiap pihak pengantin mempersembahkan tari silat secara berpasangan. Walaubagaimanapun kebanyakannya kini yg dapat kita lihat adalah persembahan silat sembah dan juga permainan silat pulut semasa bersanding. Di Sarawak ada adat silat di hadapan pengantin yg agak berbeza dgn negeri2 lain iaitu permainan silat dgn kapak (ada pernah saya lihat dlm satu rancangan tv dahulu). Ada sedikit persamaan dgn adat palang pintu masyarakat betawi. Lihat penerangan di bawah dan juga dlm youtube:


http://inoreqbaya.blogspot.com/2011/02/adat-perkahwinan -melayu-sarawak.html


http://www.mcwady.com/2010/07/resepsi-adat-betawi-palan g-pintu.html


Sebenarnya memang kalau nak disebutkan tentang adab silat pengantin ini memang banyak lagi. Genggaman penumbuk itu seharusnya longgar dan tidak dihalakan ke arah pengantin. Menepuk memang tidak dibenarkan sama sekali samada tepuk kaki, tangan dan badan spt dlm bunga seni pelampas, menepuk bumi/tanah/lantai dan juga menghentak kaki ke tanah. Semua perlakuan itu adalah perlakuan mengajak bertempur. Kalau sape2 faham akan kaedah2 bunga persilatan maka secara otomatik dia akan tahu mana gerak yg sesuai dipakai utk silat dihadapan pengantin. Kena adjust sikit apa2 yg kita sudah pelajari agar gerak bunga persilatan dihadapan pengantin itu ada hormat dan adat adabnya dihadapan pengantin.


Ingin juga hendak saya perkatakan bahawa kadang2 salah guru juga sebab tidak belajar betul2 adat dan adab yg sepatutnya ditunjukkan dlm silat pengantin/silat pulut mungkin kerana guru sebelumnya tidak tahu atau tidak belajar cara2 adat dan adab yg sebenarnya. Mungkin guru2 ini hanya belajar silat nak bertempur atau beladiri sahaja walaupun silatnya ada berbunga tari lantas apabila mempersembahkan silat pengantin/silat pulut, perlakuan gerak silatnya terus lari drp adat dan adab yg sepatutnya tanpa merujuk dahulu kpd org2 tua yg lebih tahu. Apabila ini berlaku maka anak2 murid guru ini pun ikut serta membawa cara silat pengantin/silat pulut yg tentunya salah adat dan adabnya.  Saya sendiri ada diberitahu dulu drp seorang guru tua bagaimana silat pulut kalau salah cara permainan maka akan membawa isyarat mencabar dan menjatuhkan maruah pasangan silat kita. Sepatutnya kita fahami dan pelajari dulu adat dan adab sebenar dlm silat pengantin/silat pulut ini sebelum membuat sebarang persembahan silat kpd pengantin. Bukan  tujuan utk mempromosikan perguruan masing2 utk menambah ahli semata2 sehingga adat dan adab di hadapan pengantin pun diabaikan. Inilah malangnya apa yg kita dapat lihat hari ini sehingga budaya silat pengantin/silat pulut sudah jadi lain dgn dicemari oleh gerak2 perlakuan silat yg sungguh mengaibkan yg jelas melanggar tatasusila adat dan adab yg sepatutnya yg kita warisi drp org2 tua dahulu. Puncanya kerana yg mengajar jahil tentang adat dan adabnya lantas kejahilan ini terus dibawa oleh generasi2 anak2 murid yg seterusnya semacam satu virus pencemaran budaya melayu itu sendiri. Agak menyedihkan bila orang melayu sekarang ini sendiri pun tidak faham yg mana satu adat dan adab yg betul utk dipersembahkan silat di hadapan pengantin apatah lagi kepada generasi2 yg akan datang. Lebih malang lagi jika ini yg kita tunjukkan kpd orang2 asing serta pelancong2 luar. Bukan silat pengantin/silat pulut sahaja yg tercemar bahkan boleh kata macam2 lagi pencemaran adat budaya melayu yg berlaku kini dan inilah yg hendak di'highlight'kan dan diperbetulkan dlm forum Keriswarisan.com ini.


 


 

Last update on April 21, 4:15 pm by beddezeuk.

pengalaman saya disatu tempat pernah berlaku seorang pemuda yang rasanya baru belajar silat telah mempersembahkan bunga sembah dihadapan pengantin, tiba tiba muncul seorang lagi lelaki yang agak berusia mencelah , sedangkan pemuda pertama tadi belum lagi menamatkan persembahan nya.


maka berlaku lah pertukaran buah dalam permainan pulut yang mula mulanya lembut tetapi makin lama makin bertukar keras. 


hal inilah yang saya katakan tadi apabila berlaku perkara mencabar. 

ariapersanta.blogspot
 like this.

saya rasa itu pengapit pengantin kot.


sepatutnya memang pengapit pengantin seorang yang hebat dan bukan sebarangan sebab dia ibaratkan menjaga seorang sultan. dia juga yang akan memerhati dan mengawal supaya tiada pihak yang menghina pengantin sehari masa tu


ariapersanta said...


pengalaman saya disatu tempat pernah berlaku seorang pemuda yang rasanya baru belajar silat telah mempersembahkan bunga sembah dihadapan pengantin, tiba tiba muncul seorang lagi lelaki yang agak berusia mencelah , sedangkan pemuda pertama tadi belum lagi menamatkan persembahan nya.


maka berlaku lah pertukaran buah dalam permainan pulut yang mula mulanya lembut tetapi makin lama makin bertukar keras. 


hal inilah yang saya katakan tadi apabila berlaku perkara mencabar. 


Melayu Sebagai Cara Hidup Dan Bukan Sekadar Warisan, kebudayaan, kesenian dan Sejarah

oleh Johan Iskandar
All times are GMT +8. The time now is 12:53 pm.