Welcome Guest Login or Signup
ENGLISH | LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK
| LANGUAGE:
 


Bookmark:
RSS 1.0     RSS 2.0

Total Views: 60 - Total Replies: 0

POSTED BY: seri_dewi on 07/08/2010 14:12:59


Akademi Gayong Maarifat telah ditubuhkan pada 2010 dengan matlamat untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Akedemi ini melibatkan latihan amali dan praktikal dalam pelbagai bidang iaitu ilmu beladiri (persilatan), ilmu perubatan alternatif Islam, bidang kemahiran (bidang jahitan, bidang pembinaan, bidang pembuatan dan bidang perniagaan).

Syarat pengambilan & kelayakan ;

- Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 16 tahun ke atas.
- Beragama Islam.
- Sihat tubuh badan (tidak cacat).
- Sanggup memberi komitmen & berdisiplin.
- Bersedia mendengar arahan, kreatif, dan berdikari
- Mereka yang berjaya menamatkan kursus akan diserapkan ke jabatan - jabatan khusus dalam syarikat Gayong Maarifat Group of Companies mengikut pengkhususan dalam bidang masing - masing.

Pengambilan hanya terhad kepada 100 hingga 200 orang .
Jangkamasa kursus adalah selama 1 tahun.

Sekiranya permohonan anda berjaya anda akan dikenakan Yuran Kemasukan sebanyak RM250.

Setiap Pelatih akan diberikan Elaun Bulanan sebanyak RM400 (termasuk kos makan/minum dan tempat tinggal)

Pengambilan Pelatih bermula 1 Oktober 2010.

Cara permohonan ;

Sila hantarkan permohonan (surat rasmi) beserta gambar berukuran I/C ke alamat ;

Pusat Perhubungan Antarabangsa Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia,
No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves,
61800 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Pengambilan Akademi Gayong Maarifat)

Tarikh tutup permohonan ; 31 September 2010

Calon - calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga.





--------------------------------------------------------------
www.gayongmaarifatgroup.com
09/09/2010



*** www.KerisWarisan.com ***