| Total Views: 388 - Total Replies: 16 |
|
Salam Semua, Mohon Bantuan Buah Fikiran.idea dan cadangan
Bagaimana nak selesaikan Masalah ahli Komuniti Keriswarisan supaya mereka Boleh Belajar Warisan Melayu Dari Jarak Jauh? Belajar Warisan Melayu yang dimaksudkan seperti
- Tarian
- Silat
- Permainan senjata
- ?????
Agak ramai ahli komuniti mengemukakan masalah ingin belajar tetapi tersekat disebabkan masalah - kesibukan berkerja,
- hari tidak sesuai
- susah hendak datang terlampau kerap
- Jauh dari rumah,
- penat sebab trafik jam
- anak ramai nak jaga
Jadi kesimpulan kebanyakan mereka perlu sesuatu yang boleh belajar dari jauh dan sekali sekala berjumpa untuk dipraktikkan bersama ahli lain
Jadi bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah ini?
--------------------------------------------------------------
Nakhoda Hitam
|
|
| POSTED BY: PESILAT on 12/29/2009 15:23:02 |
|
Silat adalah satu pelajaran yang subjektif...kita bole rakamkan video atau paparkan gambar sesuati gerakan silat...tetapi sejauh mana individu itu dapat menguasai Silat. Tarian, Silat dan sebgainya yang berkaitan sesuatu yang subjektif perlu dilatih dan berlatih...bagaimana kita hendak berlatih kalau tidak ada jurlatih..alam maya hanya sebgai petunjuk tetapi tidak boleh melatih.. Pendidikan dari jarak jauh sesuai bagi sesuatu yang berkaitan teori tetapi bukan praktikal...Sekiranya ada minat pasti sesorang itu akan cuba sedaya upaya untuk belajar...pada pandangan saya, pendidikan dari jarak jauh bagi sesuatu pelajaran yang subjektif agak mustahil untuk dikuasai..kita boleh cuba tetapi untuk menguasainya perlu juga di praktik kan selalu...ini adalah sekadar pandangan dan setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza..sekian terima kasih. Salam PESILAT
|
| Back To Top |
|
Semua pelajaran yang tersenarai ini adalah pergerakan. perlu tunjuk ajar secara praktikal. setuju dengan PESILAT, ilmu gerak ini bukan teori. Jadi untuk belajar secara jarak jauh itu agak tidak sesuai digunapakai dalam perkara yang seperti ini. - kesibukan berkerja,
- hari tidak sesuai
- susah hendak datang terlampau kerap
- Jauh dari rumah,
- penat sebab trafik jam
- anak ramai nak jaga
yang tersebut diatas ini bukan masalah, tetapi alasan. wassalam.
|
| Back To Top |
|
| POSTED BY: lanz_lat on 12/29/2009 21:39:45 |
|
salam buat semua, pada pandangan saya belajar dari jarak jauh tdk pratikal kerana sesuatu pelajaran yg kita belajar harus lah berguru ,jd biar kena ada dan tatsusila penbelajaran nya ,jadi pada pendapat saya kurang elok utk kita belajar sesuatu perkara dgn cara yg begini........... salam hormat
|
| Back To Top |
|
| POSTED BY: Ayob on 12/30/2009 18:50:08 |
|
Assalamualaikum semua.... Apa yang saya baca berkenaan komen rakan2 semua nampaknya byk yang tidak bersetuju dgn pembelajaran jarak jauh. Tapi bagi saya pula akan memilih cara demikian atas alasan SEBOK. TIADA MASA DAN LAIN2. Apa yang rakan2 semua lihat cara pembelajaran teori secara nyata iaitu dgn berguru. Bila nak belajar mesti kena jumpa guru. Bagai mana pula rakan2 tukar dengan cara berguru di alam ghaib? Saya rasa cara pembelajran x ada beza cuma yang ghaib ni belajar time tido atau mendapat ilham. Nak saya cerita panjang2 pun x lah pandai sgt, apa kata kawan2 yang berminat untuk belajar dari jarak jauh ni pergi sendiri ke http://www.garudasakti.com.my untuk mengetahui sendiri cara pembelajaran tersebut. Tuntut la ilmu sampai ke negara China walau dengan cara apa sekalipun selagi ianya dinamakan ilmu.  Wassalam....
|
| Back To Top |
|
salam... mcm biasa la en nakhoda...buat magazine or video cd...then kepada yg berminat leh beli dari keriswarisan...keuntungan boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti lain di keriswarisan seperti gathering atau sebagainya... tapi apa yg di utarakan oleh THEMALAYPRESS bahawa masalah tersebut adalah alasan saya setuju jugek...huhuh...
|
| Back To Top |
|
Contoh Masalah Kejauhan dia duduk kat tanjong malim/perak.johor tapi tempat pembelajaran hanya di Kuala lumpur, damansara. Jadi agak rugi jika mereka yang berminat tidak dapat belajar sebab bukan mudah nak sebarkan budaya melayu yang makin sengaja dilupakan dan org yang betul masih nak belajar tinggal berape org jer.. Jika masalah ini dapat diselesaikan juga bermakna banyak kebaikan diperolehi dan dikongsi bersama oleh semua persatuan dan semua pihak. Tetapi memang pembelajaran tersebut adalah sesuatu yang tidak berkesan jika hanyak belajar secara teori tanpa amali.
--------------------------------------------------------------
Nakhoda Hitam
|
| Back To Top |
|
Aku ada jumpa sorang pakcik ni memang banyak ilmu. Dia dulu2 zaman muda siap bermalam di rumah guru nak dapat ilmu. Kalau nak sesuatu itu nak seribu daya.
|
| Back To Top |
|
|
Nakhoda_Hitam wrote:
Contoh Masalah Kejauhan dia duduk kat tanjong malim/perak.johor tapi tempat pembelajaran hanya di Kuala lumpur, damansara. Jadi agak rugi jika mereka yang berminat tidak dapat belajar sebab bukan mudah nak sebarkan budaya melayu yang makin sengaja dilupakan dan org yang betul masih nak belajar tinggal berape org jer.. Jika masalah ini dapat diselesaikan juga bermakna banyak kebaikan diperolehi dan dikongsi bersama oleh semua persatuan dan semua pihak. Tetapi memang pembelajaran tersebut adalah sesuatu yang tidak berkesan jika hanyak belajar secara teori tanpa amali.
|
macam menarik je bro.......
--------------------------------------------------------------
opu_malaya اوڤو ملايا برديري دانتارا ڤنجي ڤنجي
|
| Back To Top |
|
Salam.em disini sy cadangkan sedikit.buat cd ataupun magazine yg simple tapi punyai input berguna.soal praktikal atau teori pada sy,penyelesaiannya begini:- Teori:- Gunakan cd atau majalah keriswarisan.com yg diterbitkan.isinya mestilah simple tapi padat serta informasi yg bermanfaat.dalam erti kata lain "kompak".Bila individu itu menonton cd atau membaca majalah tersebut,dia boleh mengetahui pelajaran tentang warisan secara teori dan kalau boleh gunakan cara yg mudah difahami oleh semua golongan tak kira tua atau muda.Jangan guna cara yg sukar dan sulit.nanti mereka bosan.bila bosan takde la minat nak belajrnya kan?org skg terutama yg remaja,tak minat belajar benda2 yg telalu rumit.untuk permulaan gunakan cara yg mudah dan simple.supaya mudah difahami.bila mereka faham,minat tu dtg lah kan.then lepas tu keriswarisan kena buat research tentang cd dan magazine yg diterbitkan.berapa ramai yg puas hati,berapa ramai yg suka inputnya,kekerapan mereka menelaah juga perlu dikaji.sebanyak mana kefahaman yg mereka perolehi dari cd/magazine tersebut.Bila ada research dari situ boleh perbaiki apa yg kurang.jgn lupe sediakan ruang untuk pembaca memberi komen serta cadangan input yg baru. *seeloknya buat cd dan magazine untuk promo dulu,tgk respons pembaca ataupun penonton.kalau buat secara besar2 terus rugi nanti.biar slow and steady,jgn gopoh-gapah.mcm suatu ukiran,jika dibuat dgn teliti insyaallah jadilah elok hasilnya.
Praktikal:- Ia boleh ditunjukkan dlm cd,dirakamkan dengan teliti agar penonton dpt melihat geraknya dgn jelas.kalau magazine kurang sesuai kerana hanya pada gambar shj.guna cd tak semestinya penyelesaian terakhir.bagi sy guna cd untuk tunjukkan gerak tari silat atau tarian budaya kpd penonton adalah untuk melatih dan juga "ulangkaji" bagi mereka.yg seeloknya,sekurang2nya dalam sebulan tu mesti ada sekali hadir ke kelas khas bersama guru yg berpengalaman.sy ulang "guru berpengalaman" bukan "guru" shj.kerana guru yg berpengalaman lebih mudah menerapkan pelajaran yg hendak diberikan.memandangkan pelatih hanya hadir sebulan sekali/dua shj.tenaga pengajar perlulah yg dari berpengalaman luas.tetapi letakkan sekali beberapa tenaga pengajar yg muda.agar mereka peroleh pengalaman dari sesi itu juga.ini secara tak langsung boleh melatih tenaga pengajar muda agar punyai pengalaman yg cukup untuk turunkan ilmu yg ada.
sekian dari sy.
--------------------------------------------------------------
"هولوبالڠ مت هاريس ميره"
|
| Back To Top |
|