mengikut apa yang kawan baca, mereka ni tak berkaitan antara satu sama lain dan tak hidup di zaman yang sama. bukan ada 9 saja wali ketika itu, ada lebih tapi tak disebutkan. yang 9 ni saja yang dikenali sebab mereka menyebarkan Islam ke seluruh tanah jawa tidak hanya di satu tempat dan menjadi ahli majlis musyawwarah menetapkan hukum dan fatwa.
dan setahu kawan, sunan gresik atau maulana malik ibrahim tu pernah ke champa dan dia berasal dari timur tengah. berketurunan sayyidina hussin, nasab ke 13. anak dia sunan ampel pun dilahirkan di champa.
kawan dapat maklumat ni melalui pembacaan tapi tak syarir kerana takder bukti khusus yang kukuh. sejarah mereka tak direkodkan bertulis, jadi susah nak buktikan. yang ada pun, ditokok tambah dengan cerita kesaktian mereka semua, padahal cerita itu hanya cetusan rasa masyarakat jawa yang kagum dengan mereka.