Welcome Guest Login or Signup
ENGLISH | LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK US | LANGUAGE:
 

STORIES   WRITE NEW STORY   EDIT STORIES  
 
RSS
BETAKOS (Beladiri Tangan Kosong)
Posted On 02/06/2009 12:11:04 by Nakhoda_Hitam

BETAKOS

PENGENALAN
BETAKOS adalah satu kaedah beladiri yang mudah dan ringkas tetapi cukup berkesan. Perkataan BETAKOS diambil dari perkataan beladiri tangan kosong. Ianya saya asaskan berdasarkan pengalaman serta kajian RUZAIDI(jaguh silat negara) selama lebih dari 30 tahun dalam seni mempertahankan diri.


TEKNIK
BETAKOS melatih peserta-pesertanya secara keseluruhan. Dari teknik tumbukan, tendangan, senjata hinggalah kepada teknik pergelutan sebenar. Dari teknik pertahanan, teknik serangan, teknik melepaskan diri dan mematikan gerak lawan.









Latihan-latihan BETAKOS menggunakan kaedah-kaedah sains sukan tanpa meninggalkan kaedah lama yang dikenalpasti kesaesuaiannya. Teknik-teknik BETAKOS lebih relevan dan terus tertumpu kepada kaedah pertempuran sebenar. Namun peserta-peserta tidak perlu risau kerana semua latihan dibuat secara sistematik, terkawal dan dibawah pengawasan terus dari jurulatih. Peserta akan dilatih terus menggunakan alat-alat latihan seperti punching bag, boxing pads dan kicking pads. Kaedah latih tubi berterusan digunakan sebagai latihan asas untuk memantapkan reflex dan tenaga pukulan.


BETAKOS juga mengajar pelatih-pelatihnya sistem pernafasan yang dipanggil " SENAMAN PERNAFASAN BIO-ELEKTROMAGNET ". Senaman pernafasan ini terdiri dari 7 jurus dan InsyaAllah dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan tubuh dan kecerdasan minda pengamalnya. Senaman ini juga dapat membantu penyembuhan penyakit-penyakit seperti darah tinggi, masalah jantung, migrain, kencing manis dan juga penyakit misteri. Senaman ini sangat jarang ada pada seni mempertahankan diri.



SENAMAN HARIMAU pula adalah satua siri senaman regangan yang dibuat secara sistematik. Ia amat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga batin (kelelakian). Ia boleh juga diamalkan oleh kaum wanita.




FAEDAH MENYERTAI BETAKOS
1. Mempelajari teknik-teknik pertempuran sebenar untuk beladiri.
2. Mengkaji teknik beladiri yang sesuai untuk digunakan mengikut keupayaan fizikal individu.
3. Kecergasan dari segi fizikal dan minda.


KELAS BIASA (Pengambilan sentiasa terbuka)


Pada setiap hari : Selasa dan Sabtu
Waktu : 8.00 pagi - 10.00 malam


Pendaftaran : RM 100.00
Yuran : RM 80.00 (bulanan)
Untuk senaman pernafasan dan senaman harimau sahaja dibuka pada hari Ahad jam 10.00 pagi - 11.30 pagi. Yuran RM 60.00


Pakej khusus untuk yang berminat belajar dirumah atau dipusat latihan.


PAKEJ :
~ Latihan BETAKOS Intensif
~ Latihan Senjata Intensif
~ Latihan Sistem Pernafasan Bioelektromagnet
~ Latihan Senaman Tradisi - Senaman Harimau












































KELAS LATIHAN BETAKOS

Pusat Latihan Utama
Alamat : 2784-B, Jalan Permata 6, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur

Kelas Cyberjaya
Unit 1-2, Neo Cyber, Lingkaran Cyber Point,
63000 Cyberjaya


---------------------------------------------------------------------------

BIODATA

Nama
RUZAIDI BIN HJ ABDUL RAHMAN PPN.PJK

Profesion
JURULATIH SENI BELADIRI, PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL, PENGIRING VIP, AKTOR.

Aliran Seni Beladiri
SILAT CEMANDI, SILAT SENI GAYONG, SILAT PENDEKAR BERTUAH,SILAT ABJAD,MUAY THAI,BOXING,

Antara Pencapaian :
~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA
~ PERNAH MENJADI JURULATIH KEPADA PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

---------------------------------------------------------------------------

Soal Jawab melalui profile(klik sini)

 
atau  terus contact melalui

Master Ruzaidi - 013-2661643
Email : ruzaidiabdulrahman@yahoo.com

Tags: Betakos Silat Tempur Tangan Kosong Beladiri Tangan Kosong






Viewing 1 - 2 out of 2 Comments

02/06/2009 14:48:21


seridewi wrote:

Lokasi latihan di mana?

ade, baru update.



02/06/2009 13:13:42

Lokasi latihan di mana?





*** www.KerisWarisan.com ***