Diterima umum bahawa Thailand adalah negeri Gajah Puteh. Gajah Puteh melambangkan kekuasaan dan kedaulatan negeri beraja tanpa sesiapa menjajah.
Kota Chiang Mai pada suatu ketika merupakan ibu kota kerajaan Lanna selepas penubuhannya pada 1296. Pada 1599 kerajaan Lanna ditakluk oleh kerajaan Ayutthaya dan Chiang Mai diintegrasikan ke dalam kerajaan Thai.
13.4% dari penduduk Chiang Mai adalah dari suku bangsa bukit seperti Orang Hmong, Orang Yao, Lahu, Lisu, Akha dan Orang Karen.
Simbol
Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula.
Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).
Tags: Negeri Gajah Puteh