Assalamualaikum semua.
Sebagai warga Tanah Melayu ini, wajar sekali kita memelihara khazanah warisan seni dan kependekaran para perwira dan pejuang pejuang Melayu zaman silam.
Bermula dengan menghayati nilai dan keistimewaan seni persenjataan Melayu Tradisional maka perlulah kita mengorak langkah meneruskan warisan Perguruan Persilatan Melayu.
Tak kira samada anda Melayu apa sekali pun, anda wajar meneruskan semangat keperwiraan pahlawan pahlawan Melayu purba dengan bergiat bersama mana mana persatuan atau perguruan Melayu berteraskan ajaran Islam.
Ini yang sedang saya usahakan sekarang. Saya ada cita cita ingin berjasa kepada bangsa Melayu Muslim seMalaysia tetapi buat masa ini mahu merahsiakan perancangan saya kerna ianya melibatkan amanah dan perjuangan menegakkan ketuanan Melayu sejagat.
Ramai musuh Melayu didalam dan diluar bangsa ini sendiri menanti masa mencantas kita demi hasad dengki dan tamak haloba merebut kuasa siyasah semasa.
Selagi hidup tidak akan hamba membiarkan mereka mencapai maksud dan niat jahat mereka.
Insya Allah!