by Keriskalong
Teater bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak melibatkan pengunaan skrip berbanding drama moden kini. Sebagai seorang pelakon, mereka hanya perlu menguasai jalan cerita sahaja.
Para pelakon bangsawan hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan dan ada kalanya berimprovisasi berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Apa yang penting dalam pementasan bangsawan adalah keaslian cerita yang dilakonkan. Kebijaksanaan pelakon berimprovisasi dengan dialog-dialog sendiri merupakan tarikan utama penonton untuk menonton pementasan tersebut, selain pelakon yang kacak dan cantik. Sesuatu lakonan bangsawan dianggap lengkap apabila terdapat unsur lucu dan melodrama selain daripada unsur-unsur kebenaran sebagai pokok cerita yang bernada serius.
Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya "Jula Juli Bintang Tujuh". Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa.
Selanjut... layari Resam Melayu, www.anakwarisnegeri.blogspot.com
